Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS)

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home News & Events Kem Kemahiran ICT - SMK Sungai Paoh

Kem Kemahiran ICT - SMK Sungai Paoh

E-mail Print PDF

Tarikh : 30 Jun 2010 – 01 Julai 2010

Seramai 32 orang pelajar sekolah SMK Sungai Paoh telah mengikuti Kem Kemahiran ICT yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS).

Kem kemahiran merupakan salah satu usaha tenaga pengajar PPKS memberikan sumbangan sosial dan sekaligus memperkenalkan matlamat utama PPKS kepada masyarakat. Ini bukanlah kali pertama PPKS menganjurkan kem kemahiran, bahkan ini adalah kali yang kedua untuk SMK Sungai Paoh.

Justeru, ilmu kemahiran dapat disalurkan dengan lebih tepat kepada para pelajar, lebih-lebih lagi dalam dunia teknologi yang pesat membangun. Di samping itu, masyarakat boleh mengetahui matlamat utama institusi ini dibangunkan. PPKS juga berharap agar lebih banyak sekolah-sekolah yang terlibat dalam kem kemahiran ini di masa hadapan.

 

Pengajar yang terlibat dan modul yang diajar:-

1. Mohd Faizal Sapiee (Ketua & Modul Pembangunan Laman Web)

2. Emayuhaida Deris (Modul Pengenalan Internet)

3. Koeswandy Abdul Razak (Modul Asas Rangkaian)

4. Abdul Hafidz Ali (Modul Pengenalan Sistem Komputer)

Urusetia:-

1. Royziah Saleh (Urusetia & Pengenalan PPKS)

2. Abdul Khalid Latuwo (Pemasaran)

 

Last Updated on Monday, 26 July 2010 08:53