Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS)

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Tender

Tender

E-mail Print PDF

KENYATAAN TAWARAN

Tender perolehan adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia ATAU Perbendaharaan Malaysia Sarawak ATAU lesen-lesen perniagaan; di dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi;

PERKHIDMATAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BUKU
KEPADA
PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK (PPKS)

Nombor Tender : PPKS/3/2010

Kod Bidang Berkaitan : 010100 atau berkaitan

Harga Dokument : RM150.00 (Tidak dikembalikan) Wang pos / kiriman wang / deraf bank atas nama PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK. Bayaran TUNAI tidak akan diterima.

2. Dokumen tender boleh diperolehi di Bahagian Kewangan, Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak, Jalan Canna off Jalan Wan Alwi, Tabuan Jaya 93350 Kuching, Sarawak mulai 31 May 2010 pada waktu pejabat seperti berikut:-

Isnin hingga Khamis

: 8:30 pagi hingga 12:30 tengahari
: 2:15 petang hingga 4:30 petang

Jumaat

: 8:30 pagi hingga 11:30 pagi
: 2:30 petang hingga 4:30 petang

3. Satu salinan Sijil Pendaftaran yang berkaitan (disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan sijil tersebut) hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Eksekutif, Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak semasa membeli dokumen tender. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan syarikat berkenaan tidak dibenarkan membeli dokumen ini.

4. Tawaran tersebut hendaklah diisi dalam borang tender yang disediakan dan perlu dihantar ke alamat Pengarah Eksekutif, Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak, Jalan Canna off Jalan Wan Alwi,Tabuan Jaya 93350 Kuching, Sarawak pada atau sebelum jam 12.00 tengahari pada 21 Jun 2010 (Isnin).

5. Semua kos pengangkutan yang berkaitan dengan pengambilan dan penghantaran dokumen ini adalah menjadi tanggungjawap pembekal dan Pusat ini tidak semestinya menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran.

Borang Pendaftaran Vendor [ Download ]

Last Updated on Thursday, 03 June 2010 06:31