
KENANGAN: Hj. Baharudin (tiga kanan) bersama pendaftar, Mohd. Isham (dua kanan) bergambar bersama para peserta yang menyertai pertandingan.
Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) Ke-19
KUCHING-Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) ke-19 bagi tahun 2010 peringkat pra-kelayajan dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan bersama dengan pihak kementerian seperti Kementerian Kerja Raya, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pengajian Tinggi akan bermula dari 22 Jun hingga 30 Jun dan sebanyak sepuluh (10) bidang kemahiran akan dipertandingan.
Mengikut Pengarah Eksekutif PPKS, Tuan Haji Baharudin, ‘Pihak PPKS akan menghantar seramai 5 peserta dan 1 orang guru pengiring untuk bertanding dalam kategori mekatronik yang diadakan di CIAST Shah Alam, Selangor pada 29 hingga 30 Jun 2010. Penyertaan pertandingan tersebut boleh memberi peluang bagi pelajar-pelajar mempamerkan kemahiran yang mereka belajar serta menonjolkan kreativiti pelajar.’ Tujuan pertandingan ini ialah untuk memilih pelatih/ pekerja-pekerja yang mempunyai kemahiran yang terbaik di samping mencari peserta yang layak untuk "World Skills Competition" di London pada tahun 2011.
PPKS sentiasa mendorong dan mengharapkan agar peserta yang menyertai Pertandingan in dapat mengharumkan nama pelajar sendiri dan PPKS di peringkat negeri mahupun antarabangsa di samping menaikkan lagi mutu tahap kemahiran pelatih yang sedia ada. Semoga tema “Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi” dapat direalisasikan melalui pertandingan tersebut.






